Monday, November 1, 2010

Kasih yang tak sampai

Hai la Laptop, kenapa kau buat hal lagi. Bila time aku betul-betul nak main games, selalu je buat hal. Tak sabarnya nak naikkan level character aku. Dah seminggu aku kena over time. Mesti Awek aku dalam games tertunggu-tunggu aku. Ada juga dia text aku bila nak on. Maaflah Ele aku tak boleh nak on sebab aku busy sangat kerja aku.

Oh, laptop member aku ada. Lagi pun dia balik Kedah tak bawa balik laptop. Baik aku pakai saja laptop dia. Halalkan je la ye Taufiq.

Wah, rakusnya aku on games ni.
(Selepas Log in) Eh, ele on lah. Wah bagus. Aku rindu dia. Baik aku tegur.
Sayang, sorry saya tak dapat on selama seminggu ini. Saya sangat busy la. Kena OT memanjang.

Tunggu dia jawab. Baik aku training skill production aku. Boleh buat duit. Eh dia jawablah. Aku ingat dia tak ada.
Hai sayang. Lama awak tak on. Saya main sorang-sorang je time sayang tak ada tau. Boring~

Kesiannya Ele....
Auu...kesiannya sayang. Maafkan saya eh. La ni saya dah kurang busy, so saya boleh on waktu malam.

Oh, tak apa. Saya faham. Jom training sama-sama.

Dengan secepat mungkin aku bertemu Ele dalam games. Adakah aku sudah jatuh cinta dengan dia di dalam games, atau orang sebenar. Tak mungkinlah. Aku bukan kenal orang sebenarnya. Entah-entah mukanya seperti rasaksa dalam games ni. Hahaahaha! Tapi tak boleh. Aku masih mempunyai seseorang yang aku tunggu di dunia sebenar. Ele ini sebagai ubat rindu aku pada Mai. Kalau Mai dah balik ke Kuala Lumpur, akan aku habiskan masa dengan Mai even tak ada declare apa-apa. Cukuplah sebagai teman rapat. Eh, panjang umur. Mai tegur aku dalam Yahoo Messenger. Ah, biarlah Ele lawan seorang. Dia mesti faham kalau aku kata aku nak layan awek satu lagi. Lagi pun kalau dia lawan, aku juga dapat experience. Boleh naik level.

Sayang, awak lawan jap eh. Awek 1 lagi tegur pula dekat YM. Nanti da siap saya sambung.

Ok sure dear :)

Sambil aku berborak dengan Mai di YM, aku lihat Ele tak henti-henti lawan. Hampir 2 jam juga aku borak, tapi dia langsung tak berhenti, malahan menjaga aku dari dibunuh rasaksa. Aku rasa bersalah juga dengan Ele. Tak apalah, nanti aku belanja dia 1 weapon kuat. Mesti dia suka. Lagi pun weapon dia tak la kuat mana.  Sesudah saja aku borak, tiba-tiba rasa mengantuk pula. Tidur kejapla. Pukul 11 aku bangun balik.


... I had a dream and it was about you...I smiled and recalled the memories we had ...
then I noticed a tear fell from my eyes ... You know why?  Because in my dream you kissed me and said goodbye ...

 Aku tersentak dan terjaga dari alam mimpi. Apakah semua ini? Siapakah yang aku mimpi itu? Ah itu semua mainan syaitan. Aku lihat jam, terkejut aku sudah pukul 2 pagi. Ya Allah. Aku terus menuju ke Laptop. Dan lagi yang membuat aku terkejut, bila aku lihat Ele masih berlawan. 

Sayang...tak ngantuk ke? Masih berlawan?

Aku rasa sangat bersalah dengan Ele. Kenapa dia sanggup buat semua ini.

Eh, dah habis sayang? Tak lah. Tadi saya minum nescafe. Hilang ngantuk. Wah lamanya borak? Mesti rindu habis ni kan. Haha.

Sebenarnya aku mengantuk. tapi macam mana nak bagi tahu dia?

Sayang, i feel very sleepy la. Macam mana?

Oh, kalau awak mengantuk, awak tidur dulu eh. Nanti kalau saya dah settle, saya call awak. 

Wah baiknya Ele ini. 

Ok dear...good night and sweet dream ye <3 <3

Night night~ :)


Hari ini ialah hari minggu. So hari untuk aku bersuka ria. Eh, aku dah off ke games aku? Yelah, aku dah off. Cek handphone. Oh, Ele ada call. Aku mamai mungkin. On kejaplah, cuba nasib ajak Ele pergi tengok wayang. 

Sayang, you there? Saya ada benda nak bagi tahu ni.

Ye saya ada ni. Kenapa eh?

Wah dia ada. Bestnya. 

Sayang, jom jumpa hari ini. Pergi tengok wayang nak?

Oh, boleh juga. Dengar cerita Black_Princess nak datang KL juga. Boleh jumpa dia kan.

Siapa Black Princess?

Kak Nana lah. Takkan awak tak ingat?

Oh ya, Kak Nana. Ok, saya bersiap sekarang. Jumpa di Mid Valley ok?

Ok..hahaha. Malu~

Hahaha.

Aku akhiri ayat aku dengan menulis itu sahaja dan terus off. Sampai sahaja di Mid Valley, aku menunggu Ele di depan station komuter supaya aku dapat berjumpa Ele lebih awal. Tiba-tiba telefon aku berbunyi dan dapati Ele telefon. Dia kata tunggu di tangga. Aku lihat seorang perempuan di tangga, kecil molek, berseluar jeans simple dan t-shirt. Berkasut Asics female sport berwarna pink dan simple hadbag bertali panjang bewarna coklet dan berambut panjang ponytail. Memang sesuai dengan characternya di dalam games. Aku pun menegur Ele dari belakang. Dia memandang aku dan mata kami bertentang. Diam 1000 bahasa. Aku berlagak gentlemen dan tegur dia. Aku tahu dia malu sebab aku pun malu juga. Tanpa membuang masa, aku mengajak Ele naik ke atas. Aku biarkan Ele jalan dulu dan aku menyusul dari belakang. 

Sampai saja dalam Mid Valley, kami berjalan seiring mencari Kak Nana. Selepas saja bertemu Kak Nana, kami decide untuk pergi makan dulu. Dalam masa perjalanan kami, tiba-tiba telefon Ele berbunyi. Dia berborak dengan seseorang dan yang pasti itu ialah seorang lelaki. Masa tu aku tak tahu kenapa timbul sifat cemburu bila aku mendengar dia kata...Awak! Saya tengah jalan dengan boyfriend baru. Awaklah, tak mahu dating dengan saya, saya datingla dengan pakwe baru. Hahaha!.  Dan masa tu saya tak tahu kenapa tiba-tiba tangan saya mencuit lengan Ele. Mungkin Ele agak terkejut. Tapi dia buat tak tahu saja.

Tibalah waktu pulang. Berat aku rasakan untuk berpisah dengan Ele. sampai sahaja destinasi Ele, aku dapat lihat muka Ele berubah. Dan bila dia bersalam dengan aku, aku dapat rasakan talian cinta yang melalui denyutan nadi. Getaran tangan sangatlah sangsi. Aku juga berasa sedih. Ah lantaklah kalau dia lihat muka aku berubah. Sebab aku tahu, apa yang kau rasa.


Ele mula menceritakan kisah hidupnya kepada aku. Dia katakan dia mempunyai seorang lelaki yang dia tunggu. Tapi lelaki itu mempunyai perempuan lain. Dan dia juga ada seorang lelaki yang sangat dia benci. Lelaki itu yang membuatkan hidup dia merana. Bila dia menceritakan kisahnya dengan lelaki yang dia tunggu itu, sama seperti kisah aku. Kenapa boleh sama? Mungkin betul apa yang dia cerita. Sebab ia terjadi pada aku juga. Dan siapakah lelaki-lelaki tersebut?

Dulu aku seorang yang tak suka keluar rumah. Cuma menghabiskan masa bermain games di rumah. Bila aku mengenali Ele, aku sekarang sudah rajin keluar rumah. Aku kerap mengajak Ele keluar. Sehinggakan mahu membeli barang laptop juga mengajak dia keluar. Tapi aku pelik, bila aku keluar dengan dia, mesti ada seorang lelaki telefonnya, dan mesti gaduh. Bukan lagi gaduh kecil. Mesti sehingga maki-makian. Bila aku tanya siapa, Ele jawab...lelaki yang membuat hidup dia sengsara. Itu saja jawapannya. Mesti dia menyembunyikan sesuatu. Adakah aku menjadi orang ke tiga dalam hubungannya? Tapi kenapa dia mahu bersama aku?

Hari itu aku bertemu Ele dia Pavilion. Plan kami mahu tonton wayang. Aku sangat bahagia bersama Ele, tapi hati aku mula sakit bila melihat Ele bergaduh dan bermasam muka. Aku mula memberanikan diri untuk memegang tangan Ele. Dia juga membalas tindakan aku dengan positif. Aku tahu dia sangat sedih. Dan tak sangka Ele boleh memeluk pinggang aku. Ele...apakah maknanya semua ini? Aku dapat lihat muka sedihnya. 

Kemudian telefonnya berbunyi lagi. Ele mengamuk untuk kali ke dua. Kali ini berbunyi lain pula. Bunyi seperti ugutan. Ele kata, lelaki itu sudah berani membohong mama dan adiknya supaya dapat berjumpa dengan Ele. Dia juga mengugut untuk berjumpa dengan aku. Aku langsung tak takut dengan perangai orang begitu. Tapi, aku tak mungkin akan menghuru harakan keadaan lagi. Sebab Ele kata, dia tak akan benarkan aku berjumpa dengan lelaki itu. Dia tak mahu aku susah. Jadi aku ikut saja. Aku terus membeli tiket wayang dan mengajak Ele menonton sekali.

Awak, boleh tak awak lupakan benda ini untuk seketika? 2 jam saja? Kita tengok cerita ini ok. Lepas tu saya hantar awak balik.

Ele diam saja. Kemudian rasakan tangan Ele memegang tangan aku, dan mengusap lembut tangan aku. Aku lenyap di alam belaian Ele. Lembutnya tangan wanita ini. Lemah. Dan aku memberanikan tangan aku untuk menyentuh bibir Ele secara halus. Tapi cepat dia menarik tangan aku. Aku tahu, jika dia tak menghalang perbuatan aku, pasti ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Kemudian, aku terus memegang tangannya. Dan paling best bila dia meletakkan kepalanya ke atas bahu aku. Oh, aku rasa bahagia saat ini.

Selepas selesai menonton, dia terus kembali ke dunia telefonnya. Dan dia menjawab telefonnya itu. Kemudian, dia minta aku menghantarnya ke station komuter kerana lelaki itu mahu bertemu dengan dia. Aku jadi marah, tetapi langsung tak kata apa-apa. Aku cuma kata aku mahu hantarnya ke rumah, tapi dia berdegil. Lantak awaklah Ele!

Saya pun terus menghantar dia ke station komuter. Dia minta aku menyimpan telefonnya yang satu lagi kerana lelaki itu tak pernah tahu yang Ele mempunya telefon ke 2. Tapi aku sangat marah. Sebelum aku beredar, aku cuma kata..

Kalau jadi apa-apa kat awak, saya tak mahu bertanggung jawab. And dengan awak pun saya tak mahu kawan!

Waktu itu aku rasa sangatlah kejam. Aku rasa aku melepaskan seorang yang aku sayang pergi. Aku menangis dalam hati. Dalam marah, ada juga perasaan risau. Semoga Allah melindungi Ele.

Sudah 2 hari aku tak nampak Ele on. Aku sangat risau. Merata aku menulis tentang kerisaun aku. Di facebook, di games, di blog. Semuanya! Ele...tolonglah balik... Saya tak sanggup begini.

Pada hari ahad, aku dapat panggilan dari Ele, mahu berjumpa aku. Dia akan turun di station komuter berdekatan rumah aku, dan meminta aku menghantarnya pulang. Dia menunjukkan kesan luka di mulutnya akibat di pukul. Aku dah agak dah. Time tu aku langsung hilang rasa sayang terhadap Ele. Cinta yang terbentuk selama ini musnah begitu sahaja. Aku sangan benci pada Ele.

Semasa aku memandu, dia masih memegang tangan aku. Aku dapat lihat air matanya berlinangan membasahi pipi.  Gerak bibirnya mengatakan saya minta maaf. Tetap kenapa suaranya hilang. Dalam perjalanan ke station berdekatan rumahnya, Ele cuma memandang tingkap kereta sambil tangannya memegang tangan aku. Langsung tidak memandang aku. Masa itu, hati aku tergerak sedih dan menjadi lembut. Perasaan benci itu bertukar pilu.

Ele...tahukah kamu yang aku mula cintakan kamu! Ele tolonglah dengar kata hati aku ini!

Kami tak bersuara sehinggalah sampai ke station tempat Ele. Aku mencari parking. Selepas parking, Ele terus memandang aku dengan mata yang berkaca. Air mukanya sungguh sayu. Seperti hendak berkata sesuatu, tetapi dia diam saja. Bibirnya digigit. Aku cuma lihat saja perlakuan Ele. Aku tunggu saja apa yang hendak di katakan. Tangannya digenggam kuat. Tapi aku rasa kecewa dan sedih, apa yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan.

Awak, adik saya da sampai. I just want to say goodbye. 

Lalu sebuah ciuman bertandang di pipiku. Jantung aku berdegup kencang. Seperti pernahku lalui benda ini. Tetapi di mana? Aku menangis keseorangan dan membiarkan Ele pergi dahulu. Aku sangat terseksa kerana Ele meniggalkan aku.

Selepas dari kejadian tersebut, aku tak pernah lihat Ele main games, facebooknya juga sudah tiada. Nombor telefonnya juga sudah tiada. Ele terus lenyap dari duniaku, hidupku. Kenapa aku tak pernah meluahkan perasaan aku, sedangkan aku mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Aku masih menunggu seseorang yang jauh yang tak tahu sama ada dia ialah milikku atau tidak. Aku terlalu pentingkan kesetiaan. Padahal Ele merana, kerana dia cintakan aku. Dia berkorban demi aku!  Kenapa aku tak selamatkan dia. Aku masih menggunakan dia untuk kepentingan diri aku. Sedangkan aku tahu bahawa, aku sudah jatuh cinta padanya.  Sekarang baru aku sedar, lelaki yang dimaksudkan Ele yang dia tunggu itu ialah aku. Kerana aku mempunyai wanita lain.  Aku kerap bercerita yang aku suka pada Mai, dan tak akan lupa sampai aku mati. Dan juga mimpi aku alami hari itu ialah kesedihan cinta aku. Iaitu Elenda (Ele) yang meninggalkan aku dengan 1 ciuman. Ele.....................

Ele...saya tak dapat nak sampaikan perasaan saya. Tapi saya sayangkan awak. Semoga kita akan bertemu lagi di kemudian hari~