Monday, November 1, 2010

Kasih yang tak sampai

Hai la Laptop, kenapa kau buat hal lagi. Bila time aku betul-betul nak main games, selalu je buat hal. Tak sabarnya nak naikkan level character aku. Dah seminggu aku kena over time. Mesti Awek aku dalam games tertunggu-tunggu aku. Ada juga dia text aku bila nak on. Maaflah Ele aku tak boleh nak on sebab aku busy sangat kerja aku.

Oh, laptop member aku ada. Lagi pun dia balik Kedah tak bawa balik laptop. Baik aku pakai saja laptop dia. Halalkan je la ye Taufiq.

Wah, rakusnya aku on games ni.
(Selepas Log in) Eh, ele on lah. Wah bagus. Aku rindu dia. Baik aku tegur.
Sayang, sorry saya tak dapat on selama seminggu ini. Saya sangat busy la. Kena OT memanjang.

Tunggu dia jawab. Baik aku training skill production aku. Boleh buat duit. Eh dia jawablah. Aku ingat dia tak ada.
Hai sayang. Lama awak tak on. Saya main sorang-sorang je time sayang tak ada tau. Boring~

Kesiannya Ele....
Auu...kesiannya sayang. Maafkan saya eh. La ni saya dah kurang busy, so saya boleh on waktu malam.

Oh, tak apa. Saya faham. Jom training sama-sama.

Dengan secepat mungkin aku bertemu Ele dalam games. Adakah aku sudah jatuh cinta dengan dia di dalam games, atau orang sebenar. Tak mungkinlah. Aku bukan kenal orang sebenarnya. Entah-entah mukanya seperti rasaksa dalam games ni. Hahaahaha! Tapi tak boleh. Aku masih mempunyai seseorang yang aku tunggu di dunia sebenar. Ele ini sebagai ubat rindu aku pada Mai. Kalau Mai dah balik ke Kuala Lumpur, akan aku habiskan masa dengan Mai even tak ada declare apa-apa. Cukuplah sebagai teman rapat. Eh, panjang umur. Mai tegur aku dalam Yahoo Messenger. Ah, biarlah Ele lawan seorang. Dia mesti faham kalau aku kata aku nak layan awek satu lagi. Lagi pun kalau dia lawan, aku juga dapat experience. Boleh naik level.

Sayang, awak lawan jap eh. Awek 1 lagi tegur pula dekat YM. Nanti da siap saya sambung.

Ok sure dear :)

Sambil aku berborak dengan Mai di YM, aku lihat Ele tak henti-henti lawan. Hampir 2 jam juga aku borak, tapi dia langsung tak berhenti, malahan menjaga aku dari dibunuh rasaksa. Aku rasa bersalah juga dengan Ele. Tak apalah, nanti aku belanja dia 1 weapon kuat. Mesti dia suka. Lagi pun weapon dia tak la kuat mana.  Sesudah saja aku borak, tiba-tiba rasa mengantuk pula. Tidur kejapla. Pukul 11 aku bangun balik.


... I had a dream and it was about you...I smiled and recalled the memories we had ...
then I noticed a tear fell from my eyes ... You know why?  Because in my dream you kissed me and said goodbye ...

 Aku tersentak dan terjaga dari alam mimpi. Apakah semua ini? Siapakah yang aku mimpi itu? Ah itu semua mainan syaitan. Aku lihat jam, terkejut aku sudah pukul 2 pagi. Ya Allah. Aku terus menuju ke Laptop. Dan lagi yang membuat aku terkejut, bila aku lihat Ele masih berlawan. 

Sayang...tak ngantuk ke? Masih berlawan?

Aku rasa sangat bersalah dengan Ele. Kenapa dia sanggup buat semua ini.

Eh, dah habis sayang? Tak lah. Tadi saya minum nescafe. Hilang ngantuk. Wah lamanya borak? Mesti rindu habis ni kan. Haha.

Sebenarnya aku mengantuk. tapi macam mana nak bagi tahu dia?

Sayang, i feel very sleepy la. Macam mana?

Oh, kalau awak mengantuk, awak tidur dulu eh. Nanti kalau saya dah settle, saya call awak. 

Wah baiknya Ele ini. 

Ok dear...good night and sweet dream ye <3 <3

Night night~ :)


Hari ini ialah hari minggu. So hari untuk aku bersuka ria. Eh, aku dah off ke games aku? Yelah, aku dah off. Cek handphone. Oh, Ele ada call. Aku mamai mungkin. On kejaplah, cuba nasib ajak Ele pergi tengok wayang. 

Sayang, you there? Saya ada benda nak bagi tahu ni.

Ye saya ada ni. Kenapa eh?

Wah dia ada. Bestnya. 

Sayang, jom jumpa hari ini. Pergi tengok wayang nak?

Oh, boleh juga. Dengar cerita Black_Princess nak datang KL juga. Boleh jumpa dia kan.

Siapa Black Princess?

Kak Nana lah. Takkan awak tak ingat?

Oh ya, Kak Nana. Ok, saya bersiap sekarang. Jumpa di Mid Valley ok?

Ok..hahaha. Malu~

Hahaha.

Aku akhiri ayat aku dengan menulis itu sahaja dan terus off. Sampai sahaja di Mid Valley, aku menunggu Ele di depan station komuter supaya aku dapat berjumpa Ele lebih awal. Tiba-tiba telefon aku berbunyi dan dapati Ele telefon. Dia kata tunggu di tangga. Aku lihat seorang perempuan di tangga, kecil molek, berseluar jeans simple dan t-shirt. Berkasut Asics female sport berwarna pink dan simple hadbag bertali panjang bewarna coklet dan berambut panjang ponytail. Memang sesuai dengan characternya di dalam games. Aku pun menegur Ele dari belakang. Dia memandang aku dan mata kami bertentang. Diam 1000 bahasa. Aku berlagak gentlemen dan tegur dia. Aku tahu dia malu sebab aku pun malu juga. Tanpa membuang masa, aku mengajak Ele naik ke atas. Aku biarkan Ele jalan dulu dan aku menyusul dari belakang. 

Sampai saja dalam Mid Valley, kami berjalan seiring mencari Kak Nana. Selepas saja bertemu Kak Nana, kami decide untuk pergi makan dulu. Dalam masa perjalanan kami, tiba-tiba telefon Ele berbunyi. Dia berborak dengan seseorang dan yang pasti itu ialah seorang lelaki. Masa tu aku tak tahu kenapa timbul sifat cemburu bila aku mendengar dia kata...Awak! Saya tengah jalan dengan boyfriend baru. Awaklah, tak mahu dating dengan saya, saya datingla dengan pakwe baru. Hahaha!.  Dan masa tu saya tak tahu kenapa tiba-tiba tangan saya mencuit lengan Ele. Mungkin Ele agak terkejut. Tapi dia buat tak tahu saja.

Tibalah waktu pulang. Berat aku rasakan untuk berpisah dengan Ele. sampai sahaja destinasi Ele, aku dapat lihat muka Ele berubah. Dan bila dia bersalam dengan aku, aku dapat rasakan talian cinta yang melalui denyutan nadi. Getaran tangan sangatlah sangsi. Aku juga berasa sedih. Ah lantaklah kalau dia lihat muka aku berubah. Sebab aku tahu, apa yang kau rasa.


Ele mula menceritakan kisah hidupnya kepada aku. Dia katakan dia mempunyai seorang lelaki yang dia tunggu. Tapi lelaki itu mempunyai perempuan lain. Dan dia juga ada seorang lelaki yang sangat dia benci. Lelaki itu yang membuatkan hidup dia merana. Bila dia menceritakan kisahnya dengan lelaki yang dia tunggu itu, sama seperti kisah aku. Kenapa boleh sama? Mungkin betul apa yang dia cerita. Sebab ia terjadi pada aku juga. Dan siapakah lelaki-lelaki tersebut?

Dulu aku seorang yang tak suka keluar rumah. Cuma menghabiskan masa bermain games di rumah. Bila aku mengenali Ele, aku sekarang sudah rajin keluar rumah. Aku kerap mengajak Ele keluar. Sehinggakan mahu membeli barang laptop juga mengajak dia keluar. Tapi aku pelik, bila aku keluar dengan dia, mesti ada seorang lelaki telefonnya, dan mesti gaduh. Bukan lagi gaduh kecil. Mesti sehingga maki-makian. Bila aku tanya siapa, Ele jawab...lelaki yang membuat hidup dia sengsara. Itu saja jawapannya. Mesti dia menyembunyikan sesuatu. Adakah aku menjadi orang ke tiga dalam hubungannya? Tapi kenapa dia mahu bersama aku?

Hari itu aku bertemu Ele dia Pavilion. Plan kami mahu tonton wayang. Aku sangat bahagia bersama Ele, tapi hati aku mula sakit bila melihat Ele bergaduh dan bermasam muka. Aku mula memberanikan diri untuk memegang tangan Ele. Dia juga membalas tindakan aku dengan positif. Aku tahu dia sangat sedih. Dan tak sangka Ele boleh memeluk pinggang aku. Ele...apakah maknanya semua ini? Aku dapat lihat muka sedihnya. 

Kemudian telefonnya berbunyi lagi. Ele mengamuk untuk kali ke dua. Kali ini berbunyi lain pula. Bunyi seperti ugutan. Ele kata, lelaki itu sudah berani membohong mama dan adiknya supaya dapat berjumpa dengan Ele. Dia juga mengugut untuk berjumpa dengan aku. Aku langsung tak takut dengan perangai orang begitu. Tapi, aku tak mungkin akan menghuru harakan keadaan lagi. Sebab Ele kata, dia tak akan benarkan aku berjumpa dengan lelaki itu. Dia tak mahu aku susah. Jadi aku ikut saja. Aku terus membeli tiket wayang dan mengajak Ele menonton sekali.

Awak, boleh tak awak lupakan benda ini untuk seketika? 2 jam saja? Kita tengok cerita ini ok. Lepas tu saya hantar awak balik.

Ele diam saja. Kemudian rasakan tangan Ele memegang tangan aku, dan mengusap lembut tangan aku. Aku lenyap di alam belaian Ele. Lembutnya tangan wanita ini. Lemah. Dan aku memberanikan tangan aku untuk menyentuh bibir Ele secara halus. Tapi cepat dia menarik tangan aku. Aku tahu, jika dia tak menghalang perbuatan aku, pasti ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Kemudian, aku terus memegang tangannya. Dan paling best bila dia meletakkan kepalanya ke atas bahu aku. Oh, aku rasa bahagia saat ini.

Selepas selesai menonton, dia terus kembali ke dunia telefonnya. Dan dia menjawab telefonnya itu. Kemudian, dia minta aku menghantarnya ke station komuter kerana lelaki itu mahu bertemu dengan dia. Aku jadi marah, tetapi langsung tak kata apa-apa. Aku cuma kata aku mahu hantarnya ke rumah, tapi dia berdegil. Lantak awaklah Ele!

Saya pun terus menghantar dia ke station komuter. Dia minta aku menyimpan telefonnya yang satu lagi kerana lelaki itu tak pernah tahu yang Ele mempunya telefon ke 2. Tapi aku sangat marah. Sebelum aku beredar, aku cuma kata..

Kalau jadi apa-apa kat awak, saya tak mahu bertanggung jawab. And dengan awak pun saya tak mahu kawan!

Waktu itu aku rasa sangatlah kejam. Aku rasa aku melepaskan seorang yang aku sayang pergi. Aku menangis dalam hati. Dalam marah, ada juga perasaan risau. Semoga Allah melindungi Ele.

Sudah 2 hari aku tak nampak Ele on. Aku sangat risau. Merata aku menulis tentang kerisaun aku. Di facebook, di games, di blog. Semuanya! Ele...tolonglah balik... Saya tak sanggup begini.

Pada hari ahad, aku dapat panggilan dari Ele, mahu berjumpa aku. Dia akan turun di station komuter berdekatan rumah aku, dan meminta aku menghantarnya pulang. Dia menunjukkan kesan luka di mulutnya akibat di pukul. Aku dah agak dah. Time tu aku langsung hilang rasa sayang terhadap Ele. Cinta yang terbentuk selama ini musnah begitu sahaja. Aku sangan benci pada Ele.

Semasa aku memandu, dia masih memegang tangan aku. Aku dapat lihat air matanya berlinangan membasahi pipi.  Gerak bibirnya mengatakan saya minta maaf. Tetap kenapa suaranya hilang. Dalam perjalanan ke station berdekatan rumahnya, Ele cuma memandang tingkap kereta sambil tangannya memegang tangan aku. Langsung tidak memandang aku. Masa itu, hati aku tergerak sedih dan menjadi lembut. Perasaan benci itu bertukar pilu.

Ele...tahukah kamu yang aku mula cintakan kamu! Ele tolonglah dengar kata hati aku ini!

Kami tak bersuara sehinggalah sampai ke station tempat Ele. Aku mencari parking. Selepas parking, Ele terus memandang aku dengan mata yang berkaca. Air mukanya sungguh sayu. Seperti hendak berkata sesuatu, tetapi dia diam saja. Bibirnya digigit. Aku cuma lihat saja perlakuan Ele. Aku tunggu saja apa yang hendak di katakan. Tangannya digenggam kuat. Tapi aku rasa kecewa dan sedih, apa yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan.

Awak, adik saya da sampai. I just want to say goodbye. 

Lalu sebuah ciuman bertandang di pipiku. Jantung aku berdegup kencang. Seperti pernahku lalui benda ini. Tetapi di mana? Aku menangis keseorangan dan membiarkan Ele pergi dahulu. Aku sangat terseksa kerana Ele meniggalkan aku.

Selepas dari kejadian tersebut, aku tak pernah lihat Ele main games, facebooknya juga sudah tiada. Nombor telefonnya juga sudah tiada. Ele terus lenyap dari duniaku, hidupku. Kenapa aku tak pernah meluahkan perasaan aku, sedangkan aku mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Aku masih menunggu seseorang yang jauh yang tak tahu sama ada dia ialah milikku atau tidak. Aku terlalu pentingkan kesetiaan. Padahal Ele merana, kerana dia cintakan aku. Dia berkorban demi aku!  Kenapa aku tak selamatkan dia. Aku masih menggunakan dia untuk kepentingan diri aku. Sedangkan aku tahu bahawa, aku sudah jatuh cinta padanya.  Sekarang baru aku sedar, lelaki yang dimaksudkan Ele yang dia tunggu itu ialah aku. Kerana aku mempunyai wanita lain.  Aku kerap bercerita yang aku suka pada Mai, dan tak akan lupa sampai aku mati. Dan juga mimpi aku alami hari itu ialah kesedihan cinta aku. Iaitu Elenda (Ele) yang meninggalkan aku dengan 1 ciuman. Ele.....................

Ele...saya tak dapat nak sampaikan perasaan saya. Tapi saya sayangkan awak. Semoga kita akan bertemu lagi di kemudian hari~ 

Sunday, October 31, 2010

Aku bersyukur...

Suatu hari dulu, aku tak punyai ramai kawan dekat area rumah aku. Aku selalu sekolah luar dari tempat tinggal aku. Kalau aku keluar pun dengan family aku. Kalau dengan kawan-kawan mesti ke Kuala Lumpur, tidak pun luar Selangor. Kawan-kawan aku ramai, tapi semua bukan duduk sini. Tapi yang paling payah, aku susah nak dapat boyfriend. Aku tak berminat nak ada boyfriend ni. Cukuplah sekadar kawan-kawan je. Bukan aku tak pernah ada boyfriend. Pernah je. Tapi tu 2 tahun lepas. Selepas saja aku ditinggalkan, aku terus serik untuk ada boyfriend. Lagi pun mama aku nak kan seorang yang bekerja tinggi dan berpelajaran. Susah untuk aku percaya lelaki-lelaki sebegini. Aku cuba untuk berkawan dengan lelaki yang bekerja biasa ni. Tapi mereka semua pandang aku seperti orang yang bekerja tinggi, padahal aku cuma pereka biasa. Aku bekerja sebagai seorang fashion designer di sebuah butik terletak di Kuala Lumpur. Major aku ialah mereka pakaian perkahwinan dan juga menjadi fashion consultan untuk wedding section. Apa yang aku ada sekarang ni cukup untuk menyara diri aku, dan keluarga aku. Aku juga mempunyai sebuah kereta Chavrolet Camaro yang di beli direct from overseas berharga 22 680 USD semasa aku berada di United Kingdom bersama parent dulu. Aku mempunyai 3 org adik beradik. 2 lagi kakak aku sudah pun berumah tangga. Mereka tidak berjaya seperti aku tetapi berkat perkahwinan mereka, mereka hidup bahagia. Cuma aku saja msih hidup penuh dengan enjoy.

Suatu hari, mama suruh aku membeli sebungkus ais batu. Kilang ais terletak depan taman perumahan kami. Aku sebenarnya tidak selesa untuk pergi sendirian tetapi memandangkan orang gaji aku cuti jadi terpaksa juga aku pergi beli. Nanti aku juga yang mahu minum air sejuk. Lalu aku pun pergi tapi aku just guna kereta kancil kakak aku, sebab aku nak save minyak kereta. Hahaha... jahatkan aku. Tapi dia bukan pun tahu. Sampai saja di kilang ais, aku terus minta dekat salah seorang pekerja tersebut untuk membeli sebungkus ais besar berharga rm2.50. Aku tahu ramai yang memandang aku, tapi aku tak berminat degan mereka ini. Muka masing-masing macam orang pecah rumah je. 2 minit aku menuggu, tiba-tiba datang seorang lelaki tinggi, tidak terlalu gemuk dan tidak kurus, berkulit cerah, memakai jeans dan t-shirt simple menghantar ais dan meminta aku membuka boot kereta. Sebelum aku membuka boot kereta aku memandang wajah lelaki tersebut dan aku tak tahu kenapa jantung aku tiba-tiba berdegup laju. Ya Allah, apakah maknanya ini?

Selepas semuanya selesai, aku menarik nafas lega dan aku beredar dari tempat tu. Aku melihat lelaki itu masih memandang aku dan semakin lama semakin hilang. Adakah aku sudah jatuh cinta?

Aku mula tidak keluar rumah. Bila mama minta papa membeli ais, aku selalu menjadi volunteer untuk membeli ais di kilang tersebut. Tapi mama kata aku ni perempuan. Papa ada dia boleh pergi beli. Hari tu papa tak ada, dia pergi pasar. Aku jadi murung, hati aku memberontak untuk pergi ke kilang tersebut. Tapi apa kan daya.

Aku dah semakin kurang keluar rumah. Aku pergi kerja, bila balik terus pulang ke rumah. Masa aku balik kerja, aku akan lalu depan kilang tersebut. Tapi tak pernah jumpa lelaki tersebut. Mana dia ni? Sedihnya...

Sudah tiga bulan aku masih merindui lelaki tersebut. Kenapa aku tak berpeluang untuk bertemu lelaki tersebut lagi. Mama asik suruh papa je yang beli. Kenapa tak suruh aku. Satu hari tu, mama panggil minta tolong. Tapi dia minta tolong suruh aku pergi Tesco beli barang-barang masak sebab malam tu mama nak masak, kakak-kakak aku mahu datang. Aku malas nak keluar, tapi sebabkan mama yang suruh, aku ikut je. Masa aku drive nak ke Tesco, aku lalu lagi depan kilang ais tu. Tapi lelaki tu masih tak ada. Kenapa???

Sampai saja di Tesco, aku mula mencari barang-barang yang mama nak. Dia ada bagi aku list. Aku ikut je apa yang dia nak. Masa aku ada di area makanan basah, aku meminta pekerja di situ untuk memotong ayam yang aku pilih. Masa dia potong tu entah macam mana ayam tu boleh terpelanting lalu terkena baju aku. Apa lagi, aku mula la marah-marah abang tu. Siap nak maki-maki lagi. Tapi masa aku nak marah-marah, tiba-tiba ada seseorang tegur. Dia kata..sikit je tu dik. Aku jadi lagi bengang. Tapi aku tak jadi marah sebab lelaki tu ialah lelaki yang aku cari di kilang ais tu. Ya Allah! apakah makna semua ini. Aku happy sangat time tu. rasa macam nak lompat je.

Aku pun dengan slumber tegur lelaki tu. Dia offer nak teman aku beli barang. Borak punya borak, baru aku tahu nama dia Ahmad. Ish...tak class nya nama. Tapi tak kesah la. Kalau hati dah berkenan, nak buat macam mana.

Aku kini sudah berubah demi Ahmad. Walaupun kami  tak declare hubungan apa-apa, tapi kami rapat. Hampir 6 bulan kami berkawan. Dia kata, dia tak suka perempuan yang keluar malam, asyik keluar jumpa kawan, or selalu bersosial. Jadi aku cuba berubah supaya Ahmad suka kat aku. Aku terus terang pada dia siapa aku. Tapi sekarang aku dah berubah, tapi aku tak bagi tahu aku berubah demi dia. Aku berkorban demi orang yang buat aku jatuh cinta. Tapi dia tak pernah tahu tu. Aku juga mula rajin solat. Mama dan papa suka tengok perubahan aku. Bila mereka tanya, aku kata entah la. Seru dah sampai mungkin.

Pada malam minggu hari tu, Ahmad mahu berjumpa dengan aku. Dia kata urgent. Jadi aku aku jumpa dia. Dia kata mak dia sakit. Dia minta aku teman kan dia. Masa tu jam 11 malam. Aku tak tahu nak kata apa pada mama. Tapi aku bagi alasan kawan mak aku sakit. Tak payah risau la korang, Ahmad boleh dipercayai. Mesti fikir dia nak kenekan aku. Tak lah....

Sampai je di hospital, aku dapat rasa kesedihan Ahmad. Muka dia sangat sedih. Masa tu aku sangat simple. Tiada make up, cuma denga jeans, t-shirt hijau dan juga sehelai selendang di kepala. Aku dan jadi semakin sopan sekarang ni. Alhamdullilah. Aku beranikan diri untuk pegang tangan Ahmad. Niat aku untuk menghilangkan rasa kesedihan dia. Tapi aku tak mampu. So, aku duduk diam je la. 1 Jam aku tunggu, akhirnya doktor keluar. Doktor kata, dia perlu di bedah segera. Ahmad terus jadi kecewa. Aku tanya kenapa. Dia kata dia tak mampu untuk biayai semua tu. Aku diam lagi....

Esok hari lepas balik kerja, aku singgah di kilang ais untuk berjumpa Ahmad. Aku bagi tahu dia...yang aku sanggup tolong dia. Tapi dia tak mahu. Katanya tak mahu makah budi aku. Aku langsung tak ada niat nak berbudi. Dalam hati aku sayangkan dia, dan aku tak mahu dia bersedih. Aku pun pujuk Ahmad smpailah dia setuju.

Sampailah hari pembedahan. Ahmad kata aku tak boleh contact dia selama 2 minggu sebab dia nak jaga mak dia di hospital. Aku sanggup tunggu Ahmad sehinggalah selepas pembedahan selesai selama 2 minggu Ahmad terus mencari aku dirumah. Sampai sahaja di rumah dia terus memeluk aku. Ya Allah, masa tu aku rasa aku sangat sayang kan dia. Tapi apakan daya...aku tak mampu melafazkannya. Cuma air mata saja mampu aku mengalirkan. Ahmad mengucapkan terima kasih pada aku kerana sudah selesai.

Makin hari makin rapat Ahmad dengan aku. Usia persahabatan kami hampir setahun lebih. Tapi Ahmad tak pernah lafazkan apa-apa kata cinta pada aku. Aku tak mampu kehilangan Ahmad. Sekarang hidup aku hanya ada dia. Aku buang semua kawan-kawan sosial aku. Aku buang semua hidup kemewahan aku. Walaupun aku berduit, tetapi aku hidup dengan sederhana. Aku jual kereta aku dan membeli kereta tempatan. Aku sentiasa jujur padanya. Sampailah suatu hari tu, semasa aku mahu jumpa Ahmad di kilang ais, aku ternampak dia borak dengan seorang wanita. Bertudung, berbaju kurung. Sangat sopan dan cantik. Aku cuma perhatikan dari jauh. Tetapi lagi yang menyakitkan jiwa aku, aku lihat wanita itu memegang leher Ahmad. Siapa wanita itu. Hati aku mula bergelora.

Selepas wanita itu beredar, aku bertanya pada Ahmad. Siapa wanita itu. Tetapi Ahmad diam saja. Dari air mukanya aku tahu dia menyimpan sesuatu yang tak mampu dia ungkapkan. Aku rasa aku dapat tangkap siapa wanita itu. Aku cuma senyum dan beredar dari situ. Selepas dari kejadian itu, aku langsung tak jumpa Ahmad. Ahmad call langsung aku tak jawab. Aku terus bagi tahu mama yang aku mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat master di overseas. Mama terkejut dengan keputusan aku. Tapi dia cuma setuju saja sebab aku mampu biayainya.

Seminggu selepas tu, aku pergi melanjutkan pelajar aku ke United Kingdom. Aku tinggalkan kerja aku, cinta aku di Malaysia. Aku tak mampu harunginya lagi kerana dia bukan milikku. Aku tak mampu terima hakikat itu. Kenapa dia tak jujur sama aku. Aku benci pada cinta. Aku tak akan percaya pada cinta lagi. Aku benci Ahmad. Dia menghancurkan perasaan aku. Kenapa??? Haruskah dia buat aku begini.

Selama 5 tahun aku menghabiskan master aku. Bila aku balik, aku dapat tahu mama jodohkan aku dengan seorang anak kawan dia. Aku terima sahaja. Dalam hati aku sudah tak akan ada cinta. Biarlah aku dijodohkan dengan sesiapa sahaja. Aku cuba untuk melupakan Ahmad tetapi aku tak mampu. Bila aku pulang ke rumah, aku lalau saja depan kilang ais, aku jadi benci. Aku masih ingat lagi perempuan yang cuba meragut kebahagiaan aku.

Sampailah waktu pernikahan aku. Aku pasrah dengan segalanya. Aku terus lost contact dengan Ahmad. Aku cuba lupakan dia. Aku janji aku akan memberi kebahagiaan dengan rumah tangga aku.

Selesai sudah pernikahan aku, jadilah aku seorang yang bergelar isteri kepada En Daniel. Aku memceritakan semua kisah aku, dan aku meminta maaf kepada Daniel jika aku tak perfect bagi dia. Dia sangat memahami aku dan cuba memberi penuh kasih sayang kepada aku. Tapi aku tak mampu untuk memberi sepenuh cinta aku pada Daniel. Dani...Im sorry. I love my husband but my love was destroyed long long ago.

Daniel sentiasa sabar dengan sikap aku, dan tak pernah memberontak. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku ni. Kenapa aku seksa suami aku begini. Dia tak pernah merungut sikap aku. Aku selalu endah tak endah dengan dia. Makan minum dia pun aku tak jaga. Walaupun sudah 3 bulan perkahwinan kami, tapi kami tak pernah cuba apa-apa. Honeymoon pun tak pergi. Cuma yang aku tahu, aku minta maaf. Tapi tak pernah berubah. Daniel tak pernah marah aku. Ya Allah....mulianya hati suamiku.

Selepas 7 bulan perkahwinan kami, aku cuba merapatkan diri kepada Daniel. Aku sudah mula melayan dia seperti seorang suami. Makan minum dia aku mula siapkan. Tidur juga sekatil. Aku tekad untuk berubah walaupun cinta tidak ada. Kenapa aku begini???

Suatu malam tu, aku meluahkan perasaan aku pada Daniel. Aku cuba minta pendapat dia kenapa aku begini. Tapi dia cuma kata pada aku....Lepas kan dia. Orang yang dah pergi jangan diingat kan lagi. Kalau sayang tak lepaskan dia, dia sentiasa ada di hati sayang. Tersentak bila Daniel kata begitu. Tapi aku tak faham. Apa maksud orang yang dah pergi.

Esok ialah hari minggu. Hari untuk aku bersama suami aku. Aku membelek album-album gambar suami aku yang dia bawa dari rumahnya. Tapi, aku jadi terkejut bila melihat sekeping gambar iaitu gambar Daniel dan juga gambar Ahmad. Ya Allah apakah semua permainan ini?? Aku menangis dan mendapatkah Daniel. Aku terus bertanya pada Daniel, apakah semuanya ini.

Daniel terus memeluk aku. Dan memberi sekeping surat...

Leyana yang ku sayangi...Maafkan saya andai kata surat ini tidak diundang. Sudah sekian lama saya memendam perasaan ini semenjak dari pertama kali saya melihat awak. Tapi saya tak mampu melafazkan kata-kata cinta pada awak. Maafkan saya dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Saya banyak terhutang budi pada awak. Saya tak mahu cinta saya ini akan menjadikan awak terseksa di kemudian hari. Saya minta hutang-hutang saya di halalkan. Saya terlalu sayangkan awak sehinggakan saya tak mampu melafazkan cinta saya. Saya tahu, saya tak mampu menjaga awak. Awak banyak berubah demi saya. Saya sangat bangga dengan awak. Leyana, saya tak pernah rasa sayang kepada seseorang seperti ini. Kalau diberi peluang, saya mahu jadikan awak sebagai seorang isteri. Tetapi impian saya tak akan tercapai. Saya tak tahu nak kata bagaimana perasaan sayang saya ini kepada awak. Tetapi maafkan saya, hidup saya tak lama. pada hari awak meninggalkan saya, saya mahu berterus terang dengan awak. Wanita yang datang berjumpa dengan saya hari itu, yang membuatkan awak benci pada saya itu ialah Doktor Private saya. Setiap hari jumaat dia akan berjumpa dengan saya untuk memastikan saya dalam keadaan baik. Doktor kata saya mempunyai peluang untuk hidup. Tapi saya kenal awak. Sekali awak benci, awak tak akan maafkan orang itu. Lagi kuat hati saya kata awak tak akan terima saya lagi bila saya tanya mama awak, awak sudah pun pergi ke UK. Jadi saya membuat keputusan, saya tak akan teruskan pembedahan saya. Adik tiri saya Daniel. selalu nasihatkan saya. Tetapi saya tahu, saya dah tak ada apa-apa selain awak. Awak dah pergi. Jadi tak guna lagi saya berada di sini. Jadi saya minta daniel berjanji. jika awak tak berpunya lagi, saya harap sangat Daniel akan menjaga awak jika saya dah tiada di dunia ni. Dan saya harap awak lepaskan saya. Leyana....saya cintakan awak Saya sayangkan awak. Tapi maafkan saya. Saya terpaksa tinggalkan awak. Maafkan saya.....Tolong terima Daniel. Janji pada saya. Terima kasih Leyana.

Selepas membaca surat tersebut, aku mula menarik nafas panjang. terus aku menoleh Daniel dan mendakapnya. Aku meminta maaf pada Daniel sebab selama ni aku tak pernah lepaskan Ahmad pergi. Air mata aku langsung tidak keluar kerana apa yang aku harapkan selama ini tercapai. Cukuplah sekadar lafaz cinta dari Ahmad walaupun dia sudah tiada. Aku sedih pemergiannya tetapi aku gembira kerana cinta aku pada dia adalah suci. Mulai hari itu, aku lepaskan Ahmad pergi...Aku bersyukur kerana dikahwinkan dengan Daniel. Adik kepada Ahmad.

Ahmad, akan saya semadikan cinta kita bersama-sama awak semoga Allah merahmati awak. Akan ku panjatkan doa semoga awak bahagia di dunia sana. Jika dipanjangkan pertemuan, semoga kita bertemu di dunia sana walaupun kita saling tak mngenali. Ya Allah, Kau tempatkanlah Ahmad di tempat orang-orang yang beriman. Amin... Tamat-

Thursday, August 19, 2010

First time after graduation

Pada 2 Februari 2010 aku telah mendapat panggilan untuk bekerja di syarikat *** ********* sdn. bhd di Putrajaya, sebuah syarikat penerbitan buku sekolah. Aku bekerja kuat di sana. Macam-macam kerja di beri. Semua project baru. Bukan aku mahu cerita buruk tentang senior di tempat kerja aku. Tapi yang aku boleh lihat, kebanyakkan kerja yang dia dapat, semuanya kerja-kerja lama yang perlu di edit dan sebab tu lah nampak dia sangat sibuk. Bekerja under orang adalah sangat prasure. Tapi yang penting cuma bersabarlah.

Pada mula aku masuk, aku diberi project buku latihan jawi, tapi senior tempat kerja tu dah lama start kerja since sebelum aku masuk kerja tu lagi. But still edit lagi sama seperti aku, yang baru create buku tu. What the....boss boleh cakap aku buat kerja slow. Please la...****** tu lagi lama la buat kerja dari aku. With my computer 1GB ram and 30 GB hardisc. So lousy tau. Dia punya computer 3 GB Ram, 30 GB hardisc and boss siap bagi dia externel 200 GB. Tak kan la setiap kali aku nak save aku perlu minta ****** externel hardisc. And also she got her own printer. Aku ni? Setiap kali nak print, minta dia printkan. Hello...i am designer ok. Bila aku minta upgrade that computer, macam-macam alasan boss tu. Than dia bagi tempoh aku 6 bulan trial. So dia bagi aku over time work yang dia tak perlu bayar gaji tu. Tapi aku sabar je la.

Last project yang aku dapat, buat carta bergambar (flash card) and aku siapkan xsampai 2 minggu. Bila dah siap, dia tukar pula. Dia minta aku translate from english to arabian. WTF! aku bukan cikgu. Bila aku tanya senior, kenapa tak minta orang yang tahu arab untuk translate first. But what she say..... "Boss nak save budget" Oh My God! Inilah first time i got the Sohai boss selama aku hidup. So anoyying la. Than aku cakap ok je. Sahut cabaran tu.

Finally i finishing my buku jawi pada 31 Julai 2010. Lepas tu aku submit page dia. Punya la lama dia cek. Than he call me to his room. Nak tahu apa dia kata, " Im sorry kerana terpaksa berhentikan awak untuk seketika. Saya nak transfer kan awak ke bahagian majalah"

Yes, i admit yang aku agak slow wat buku latihan arab tu. Tapi tak se-slow senior itu ok. I have my own reason. Dia tak upgrade computer tu, dan menjadi lembab nak buat kerja. Than file corrupted. AKu kene design balik dari m/s 1 - 38 . Boleh bayang tak, seorang designer yang terpaksa buat kerja begini :

Buka photoshop and terpaksa tutup illustration. Kalau buka illustration, terpaksa tutup photoshop. Bila buka salah satu, nak buat research on internet, terus jadi siput and possible to hang. Than baru je buka illustration, vitural memory low terus.

Kalau kata nak transfer aku, tak perlu la bagi aku surat di berhentikan. Than i said no problem. Lagi pun aku juga mahu berhenti di sana. Dah bosan kerja dengan orang begitu. And the good news is, kerani pun next month tu nak  quit gak. Tinggal la barwa boss tu sorang-sorang kat ofis. Dan sekarang aku dah tak nampak dah dia on facebook. Mungkin dia kena fired juga. Kalau tak setiap pagi ada on facebook. Tak pun petang.

Lepas aku berhenti kerja, i decide untuk berniaga masa bulan puasa. Than alhamdulillah sekarang, adalah rezeki sikit-sikit ni even tak banyak. Aku berniaga air soya dan longan. AKu juga ada buat puding buah and kakak aku buat jelly kelapa ^^