Sunday, October 31, 2010

Aku bersyukur...

Suatu hari dulu, aku tak punyai ramai kawan dekat area rumah aku. Aku selalu sekolah luar dari tempat tinggal aku. Kalau aku keluar pun dengan family aku. Kalau dengan kawan-kawan mesti ke Kuala Lumpur, tidak pun luar Selangor. Kawan-kawan aku ramai, tapi semua bukan duduk sini. Tapi yang paling payah, aku susah nak dapat boyfriend. Aku tak berminat nak ada boyfriend ni. Cukuplah sekadar kawan-kawan je. Bukan aku tak pernah ada boyfriend. Pernah je. Tapi tu 2 tahun lepas. Selepas saja aku ditinggalkan, aku terus serik untuk ada boyfriend. Lagi pun mama aku nak kan seorang yang bekerja tinggi dan berpelajaran. Susah untuk aku percaya lelaki-lelaki sebegini. Aku cuba untuk berkawan dengan lelaki yang bekerja biasa ni. Tapi mereka semua pandang aku seperti orang yang bekerja tinggi, padahal aku cuma pereka biasa. Aku bekerja sebagai seorang fashion designer di sebuah butik terletak di Kuala Lumpur. Major aku ialah mereka pakaian perkahwinan dan juga menjadi fashion consultan untuk wedding section. Apa yang aku ada sekarang ni cukup untuk menyara diri aku, dan keluarga aku. Aku juga mempunyai sebuah kereta Chavrolet Camaro yang di beli direct from overseas berharga 22 680 USD semasa aku berada di United Kingdom bersama parent dulu. Aku mempunyai 3 org adik beradik. 2 lagi kakak aku sudah pun berumah tangga. Mereka tidak berjaya seperti aku tetapi berkat perkahwinan mereka, mereka hidup bahagia. Cuma aku saja msih hidup penuh dengan enjoy.

Suatu hari, mama suruh aku membeli sebungkus ais batu. Kilang ais terletak depan taman perumahan kami. Aku sebenarnya tidak selesa untuk pergi sendirian tetapi memandangkan orang gaji aku cuti jadi terpaksa juga aku pergi beli. Nanti aku juga yang mahu minum air sejuk. Lalu aku pun pergi tapi aku just guna kereta kancil kakak aku, sebab aku nak save minyak kereta. Hahaha... jahatkan aku. Tapi dia bukan pun tahu. Sampai saja di kilang ais, aku terus minta dekat salah seorang pekerja tersebut untuk membeli sebungkus ais besar berharga rm2.50. Aku tahu ramai yang memandang aku, tapi aku tak berminat degan mereka ini. Muka masing-masing macam orang pecah rumah je. 2 minit aku menuggu, tiba-tiba datang seorang lelaki tinggi, tidak terlalu gemuk dan tidak kurus, berkulit cerah, memakai jeans dan t-shirt simple menghantar ais dan meminta aku membuka boot kereta. Sebelum aku membuka boot kereta aku memandang wajah lelaki tersebut dan aku tak tahu kenapa jantung aku tiba-tiba berdegup laju. Ya Allah, apakah maknanya ini?

Selepas semuanya selesai, aku menarik nafas lega dan aku beredar dari tempat tu. Aku melihat lelaki itu masih memandang aku dan semakin lama semakin hilang. Adakah aku sudah jatuh cinta?

Aku mula tidak keluar rumah. Bila mama minta papa membeli ais, aku selalu menjadi volunteer untuk membeli ais di kilang tersebut. Tapi mama kata aku ni perempuan. Papa ada dia boleh pergi beli. Hari tu papa tak ada, dia pergi pasar. Aku jadi murung, hati aku memberontak untuk pergi ke kilang tersebut. Tapi apa kan daya.

Aku dah semakin kurang keluar rumah. Aku pergi kerja, bila balik terus pulang ke rumah. Masa aku balik kerja, aku akan lalu depan kilang tersebut. Tapi tak pernah jumpa lelaki tersebut. Mana dia ni? Sedihnya...

Sudah tiga bulan aku masih merindui lelaki tersebut. Kenapa aku tak berpeluang untuk bertemu lelaki tersebut lagi. Mama asik suruh papa je yang beli. Kenapa tak suruh aku. Satu hari tu, mama panggil minta tolong. Tapi dia minta tolong suruh aku pergi Tesco beli barang-barang masak sebab malam tu mama nak masak, kakak-kakak aku mahu datang. Aku malas nak keluar, tapi sebabkan mama yang suruh, aku ikut je. Masa aku drive nak ke Tesco, aku lalu lagi depan kilang ais tu. Tapi lelaki tu masih tak ada. Kenapa???

Sampai saja di Tesco, aku mula mencari barang-barang yang mama nak. Dia ada bagi aku list. Aku ikut je apa yang dia nak. Masa aku ada di area makanan basah, aku meminta pekerja di situ untuk memotong ayam yang aku pilih. Masa dia potong tu entah macam mana ayam tu boleh terpelanting lalu terkena baju aku. Apa lagi, aku mula la marah-marah abang tu. Siap nak maki-maki lagi. Tapi masa aku nak marah-marah, tiba-tiba ada seseorang tegur. Dia kata..sikit je tu dik. Aku jadi lagi bengang. Tapi aku tak jadi marah sebab lelaki tu ialah lelaki yang aku cari di kilang ais tu. Ya Allah! apakah makna semua ini. Aku happy sangat time tu. rasa macam nak lompat je.

Aku pun dengan slumber tegur lelaki tu. Dia offer nak teman aku beli barang. Borak punya borak, baru aku tahu nama dia Ahmad. Ish...tak class nya nama. Tapi tak kesah la. Kalau hati dah berkenan, nak buat macam mana.

Aku kini sudah berubah demi Ahmad. Walaupun kami  tak declare hubungan apa-apa, tapi kami rapat. Hampir 6 bulan kami berkawan. Dia kata, dia tak suka perempuan yang keluar malam, asyik keluar jumpa kawan, or selalu bersosial. Jadi aku cuba berubah supaya Ahmad suka kat aku. Aku terus terang pada dia siapa aku. Tapi sekarang aku dah berubah, tapi aku tak bagi tahu aku berubah demi dia. Aku berkorban demi orang yang buat aku jatuh cinta. Tapi dia tak pernah tahu tu. Aku juga mula rajin solat. Mama dan papa suka tengok perubahan aku. Bila mereka tanya, aku kata entah la. Seru dah sampai mungkin.

Pada malam minggu hari tu, Ahmad mahu berjumpa dengan aku. Dia kata urgent. Jadi aku aku jumpa dia. Dia kata mak dia sakit. Dia minta aku teman kan dia. Masa tu jam 11 malam. Aku tak tahu nak kata apa pada mama. Tapi aku bagi alasan kawan mak aku sakit. Tak payah risau la korang, Ahmad boleh dipercayai. Mesti fikir dia nak kenekan aku. Tak lah....

Sampai je di hospital, aku dapat rasa kesedihan Ahmad. Muka dia sangat sedih. Masa tu aku sangat simple. Tiada make up, cuma denga jeans, t-shirt hijau dan juga sehelai selendang di kepala. Aku dan jadi semakin sopan sekarang ni. Alhamdullilah. Aku beranikan diri untuk pegang tangan Ahmad. Niat aku untuk menghilangkan rasa kesedihan dia. Tapi aku tak mampu. So, aku duduk diam je la. 1 Jam aku tunggu, akhirnya doktor keluar. Doktor kata, dia perlu di bedah segera. Ahmad terus jadi kecewa. Aku tanya kenapa. Dia kata dia tak mampu untuk biayai semua tu. Aku diam lagi....

Esok hari lepas balik kerja, aku singgah di kilang ais untuk berjumpa Ahmad. Aku bagi tahu dia...yang aku sanggup tolong dia. Tapi dia tak mahu. Katanya tak mahu makah budi aku. Aku langsung tak ada niat nak berbudi. Dalam hati aku sayangkan dia, dan aku tak mahu dia bersedih. Aku pun pujuk Ahmad smpailah dia setuju.

Sampailah hari pembedahan. Ahmad kata aku tak boleh contact dia selama 2 minggu sebab dia nak jaga mak dia di hospital. Aku sanggup tunggu Ahmad sehinggalah selepas pembedahan selesai selama 2 minggu Ahmad terus mencari aku dirumah. Sampai sahaja di rumah dia terus memeluk aku. Ya Allah, masa tu aku rasa aku sangat sayang kan dia. Tapi apakan daya...aku tak mampu melafazkannya. Cuma air mata saja mampu aku mengalirkan. Ahmad mengucapkan terima kasih pada aku kerana sudah selesai.

Makin hari makin rapat Ahmad dengan aku. Usia persahabatan kami hampir setahun lebih. Tapi Ahmad tak pernah lafazkan apa-apa kata cinta pada aku. Aku tak mampu kehilangan Ahmad. Sekarang hidup aku hanya ada dia. Aku buang semua kawan-kawan sosial aku. Aku buang semua hidup kemewahan aku. Walaupun aku berduit, tetapi aku hidup dengan sederhana. Aku jual kereta aku dan membeli kereta tempatan. Aku sentiasa jujur padanya. Sampailah suatu hari tu, semasa aku mahu jumpa Ahmad di kilang ais, aku ternampak dia borak dengan seorang wanita. Bertudung, berbaju kurung. Sangat sopan dan cantik. Aku cuma perhatikan dari jauh. Tetapi lagi yang menyakitkan jiwa aku, aku lihat wanita itu memegang leher Ahmad. Siapa wanita itu. Hati aku mula bergelora.

Selepas wanita itu beredar, aku bertanya pada Ahmad. Siapa wanita itu. Tetapi Ahmad diam saja. Dari air mukanya aku tahu dia menyimpan sesuatu yang tak mampu dia ungkapkan. Aku rasa aku dapat tangkap siapa wanita itu. Aku cuma senyum dan beredar dari situ. Selepas dari kejadian itu, aku langsung tak jumpa Ahmad. Ahmad call langsung aku tak jawab. Aku terus bagi tahu mama yang aku mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat master di overseas. Mama terkejut dengan keputusan aku. Tapi dia cuma setuju saja sebab aku mampu biayainya.

Seminggu selepas tu, aku pergi melanjutkan pelajar aku ke United Kingdom. Aku tinggalkan kerja aku, cinta aku di Malaysia. Aku tak mampu harunginya lagi kerana dia bukan milikku. Aku tak mampu terima hakikat itu. Kenapa dia tak jujur sama aku. Aku benci pada cinta. Aku tak akan percaya pada cinta lagi. Aku benci Ahmad. Dia menghancurkan perasaan aku. Kenapa??? Haruskah dia buat aku begini.

Selama 5 tahun aku menghabiskan master aku. Bila aku balik, aku dapat tahu mama jodohkan aku dengan seorang anak kawan dia. Aku terima sahaja. Dalam hati aku sudah tak akan ada cinta. Biarlah aku dijodohkan dengan sesiapa sahaja. Aku cuba untuk melupakan Ahmad tetapi aku tak mampu. Bila aku pulang ke rumah, aku lalau saja depan kilang ais, aku jadi benci. Aku masih ingat lagi perempuan yang cuba meragut kebahagiaan aku.

Sampailah waktu pernikahan aku. Aku pasrah dengan segalanya. Aku terus lost contact dengan Ahmad. Aku cuba lupakan dia. Aku janji aku akan memberi kebahagiaan dengan rumah tangga aku.

Selesai sudah pernikahan aku, jadilah aku seorang yang bergelar isteri kepada En Daniel. Aku memceritakan semua kisah aku, dan aku meminta maaf kepada Daniel jika aku tak perfect bagi dia. Dia sangat memahami aku dan cuba memberi penuh kasih sayang kepada aku. Tapi aku tak mampu untuk memberi sepenuh cinta aku pada Daniel. Dani...Im sorry. I love my husband but my love was destroyed long long ago.

Daniel sentiasa sabar dengan sikap aku, dan tak pernah memberontak. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku ni. Kenapa aku seksa suami aku begini. Dia tak pernah merungut sikap aku. Aku selalu endah tak endah dengan dia. Makan minum dia pun aku tak jaga. Walaupun sudah 3 bulan perkahwinan kami, tapi kami tak pernah cuba apa-apa. Honeymoon pun tak pergi. Cuma yang aku tahu, aku minta maaf. Tapi tak pernah berubah. Daniel tak pernah marah aku. Ya Allah....mulianya hati suamiku.

Selepas 7 bulan perkahwinan kami, aku cuba merapatkan diri kepada Daniel. Aku sudah mula melayan dia seperti seorang suami. Makan minum dia aku mula siapkan. Tidur juga sekatil. Aku tekad untuk berubah walaupun cinta tidak ada. Kenapa aku begini???

Suatu malam tu, aku meluahkan perasaan aku pada Daniel. Aku cuba minta pendapat dia kenapa aku begini. Tapi dia cuma kata pada aku....Lepas kan dia. Orang yang dah pergi jangan diingat kan lagi. Kalau sayang tak lepaskan dia, dia sentiasa ada di hati sayang. Tersentak bila Daniel kata begitu. Tapi aku tak faham. Apa maksud orang yang dah pergi.

Esok ialah hari minggu. Hari untuk aku bersama suami aku. Aku membelek album-album gambar suami aku yang dia bawa dari rumahnya. Tapi, aku jadi terkejut bila melihat sekeping gambar iaitu gambar Daniel dan juga gambar Ahmad. Ya Allah apakah semua permainan ini?? Aku menangis dan mendapatkah Daniel. Aku terus bertanya pada Daniel, apakah semuanya ini.

Daniel terus memeluk aku. Dan memberi sekeping surat...

Leyana yang ku sayangi...Maafkan saya andai kata surat ini tidak diundang. Sudah sekian lama saya memendam perasaan ini semenjak dari pertama kali saya melihat awak. Tapi saya tak mampu melafazkan kata-kata cinta pada awak. Maafkan saya dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Saya banyak terhutang budi pada awak. Saya tak mahu cinta saya ini akan menjadikan awak terseksa di kemudian hari. Saya minta hutang-hutang saya di halalkan. Saya terlalu sayangkan awak sehinggakan saya tak mampu melafazkan cinta saya. Saya tahu, saya tak mampu menjaga awak. Awak banyak berubah demi saya. Saya sangat bangga dengan awak. Leyana, saya tak pernah rasa sayang kepada seseorang seperti ini. Kalau diberi peluang, saya mahu jadikan awak sebagai seorang isteri. Tetapi impian saya tak akan tercapai. Saya tak tahu nak kata bagaimana perasaan sayang saya ini kepada awak. Tetapi maafkan saya, hidup saya tak lama. pada hari awak meninggalkan saya, saya mahu berterus terang dengan awak. Wanita yang datang berjumpa dengan saya hari itu, yang membuatkan awak benci pada saya itu ialah Doktor Private saya. Setiap hari jumaat dia akan berjumpa dengan saya untuk memastikan saya dalam keadaan baik. Doktor kata saya mempunyai peluang untuk hidup. Tapi saya kenal awak. Sekali awak benci, awak tak akan maafkan orang itu. Lagi kuat hati saya kata awak tak akan terima saya lagi bila saya tanya mama awak, awak sudah pun pergi ke UK. Jadi saya membuat keputusan, saya tak akan teruskan pembedahan saya. Adik tiri saya Daniel. selalu nasihatkan saya. Tetapi saya tahu, saya dah tak ada apa-apa selain awak. Awak dah pergi. Jadi tak guna lagi saya berada di sini. Jadi saya minta daniel berjanji. jika awak tak berpunya lagi, saya harap sangat Daniel akan menjaga awak jika saya dah tiada di dunia ni. Dan saya harap awak lepaskan saya. Leyana....saya cintakan awak Saya sayangkan awak. Tapi maafkan saya. Saya terpaksa tinggalkan awak. Maafkan saya.....Tolong terima Daniel. Janji pada saya. Terima kasih Leyana.

Selepas membaca surat tersebut, aku mula menarik nafas panjang. terus aku menoleh Daniel dan mendakapnya. Aku meminta maaf pada Daniel sebab selama ni aku tak pernah lepaskan Ahmad pergi. Air mata aku langsung tidak keluar kerana apa yang aku harapkan selama ini tercapai. Cukuplah sekadar lafaz cinta dari Ahmad walaupun dia sudah tiada. Aku sedih pemergiannya tetapi aku gembira kerana cinta aku pada dia adalah suci. Mulai hari itu, aku lepaskan Ahmad pergi...Aku bersyukur kerana dikahwinkan dengan Daniel. Adik kepada Ahmad.

Ahmad, akan saya semadikan cinta kita bersama-sama awak semoga Allah merahmati awak. Akan ku panjatkan doa semoga awak bahagia di dunia sana. Jika dipanjangkan pertemuan, semoga kita bertemu di dunia sana walaupun kita saling tak mngenali. Ya Allah, Kau tempatkanlah Ahmad di tempat orang-orang yang beriman. Amin... Tamat-